JURUKUR JITU RUNDING merupakan satu firma Ukur Tanah yang terdiri daripada sekumpulan ahli professional yang bersifat dinamik dan aktif yang sentiasa bersiap sedia dalam membekal pelbagai perkhidmatan dan perundingan kepada para pelanggan.
Kami berupaya dan bersedia untuk melakukan skop kerja-kerja seperti di bawah :-
Ukuran Topografi Ukuran Hakmilik Dan Strata Ukuran Hidrografi Ukur Kejuruteraan Ukuran Penjejakan Utiliti Penentududukan Sejagat Dengan Alat Ukur (GPS) Perkhidmatan Penukaran Format Data Berdigit Sistem Maklumat Geografi (GIS)
1) Ukuran Topografi
Setiap bidang tanah yang hendak dimajukan perlulah dikenalpasti terlebih dahulu dan ditandakan sempadan.
Perihal tanah berkaitan dengan penanaman yang bercirikan sungai, denai, pagar dan sebagainya akan diukur bagi membantu pihak perancang dalam penyediaan pelan susunatur.
Kontur dan ketinggian tanah akan diukur bagi membolehkan jurutera mengira isipadu tanah dan mengenalpasti kawasan tadahan untuk penyediaan takung air.
Perkhidmatan utiliti seperti talian penghantaran elektrik, saluran paip air, talian telefon dan longkang monsun akan ditandakan untuk tujuan perancangan.
2) Ukuran Hakmilik Dan Strata
Perkhidmatan kami di kawasan ini adalah mengikut undang–undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Persatuan Ukur Tanah serta Jabatan Ukur bagi setiap negeri di Malaysia.
Ukuran hakmilik khasnya untuk projek pembangunan tanah dalam bidang memecah bahagi, penyatuan dan pembahagian tanah. Memecah bahagi bangunan bagi bangunan bertingkat tinggi atau bangunan perdagangan bagi mendapat hakmilik strata.
Perkhidmatan kami bermula pada peringkat tukar syarat tanah dengan membekalkan perkhidmatan seperti ukuran topografi, penyediaan suratan dan mengemukan permohonan tukar syarat. Kami mempunyai pengalaman yang luas dalam menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan aplikasi tanah dan hal yang berkaitan dengannya. 3) Ukuran Hidrografi
Kami menyediakan perkhidmatan ukuran hidrografi bagi tujuan rekaan dan pembinaan jeti, ukuran pengorekan, pemetaan topografi dasar laut dan batimetri serta projek meletakkan kabel laut.
Kami juga menyediakan perkidmatan ukur hidrografi di sekitar sungai atau tasik perlombongan untuk dipetakan rupabentuk dasar sungai / dasar tasik.
4) Ukur Kejuruteraan
Ukuran bagi skin perparitan dan taliair termasuk lencongan sungai khas untuk Jabatan Parit dan Taliair dan juga skim perumahan.
Ukuran skim kerja air termasuk ukuran keterangan untuk tapak takungan, logi rawatan air, punca aliran air, rekebentuk saluran paip air dan kerja–kerja menebusguna paya. 5 ) Ukuran Penjejakan Utiliti
Ukuran pemetaan bagi menjejakan utiliti bawah tanah seperti kabel telekomunikasi, kabel elektrik, saluran paip air bawah tanah bagi maksud merancang, menyelenggara, membaiki dan meningkatkan kerja.
Kami menggunakan radio pengesan gelombang digabungkan dengan teknik biasa untuk menentukan kedudukan, saiz kedalaman dan jenis timbunan utiliti di kawasan desa mahupun di kawasan bandar yang mengalami kesesakan lalulintas. Jalan yang telah di kesan timbunan utiliti di kawasan desa mahupun di kawasan bandar yang mengalami kesesakan lalulintas. Jalan yang telah di kesan timbunan utilitinya pula akan ditunjukkan di atas pelan mengikut spesifikasi oleh jurutera rekabentuk. 6) Penentududukan Sejagat Dengan Alat Ukur (GPS)
Ukuran penentududukan sejagat dilakukan dengan menggunakan alat penerima GPS bagi menubuhkan ukuran jaringan kawalan dan penentududukan bagi kawasan yang terpencil.
7) Perkhidmatan Penukaran Format Data Berdigit
Kami juga menyediakan perkhidmatan penukaran maklumat ukuran yang berbentuk salinan keras kepada format data dengan cara pendigitan (digitizing) serta juga pemprosesan data dengan cara menukarkan kepada format yang berlainan sebagaimana yang di minta oleh pelanggan.
8) Sistem Maklumat Geografi (GIS)
GIS telah dibangunkan di syarikat ini bagi menyediakan satu Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Kejuruteraan Berdigit untuk menempatkan semua kerja-kerja ukur yang telah dijalankan oleh syarikat dari dulu hingga kini. Pembangunan GIS dengan mengintegrasikan perisian GIS dengan perisian-perisian lain iaitu Perisian MapInfo Professional 7.0, AutoCAD R14, Microsoft Visual Basic 6.0 dan Microsoft Access 2000.
Selain untuk menempatkan data-data secara berpusat (centralized), ia juga bertujuan untuk memudahkan pencarian semula data-data untuk tujuan rujukan, penyelidikan dan lain-lain kegunaan syarikat pada masa akan datang. Dengan adanya pangkalan data ini, data-data ukur yang telah dijalankan oleh syarikat sepanjang penubuhannya pada tahun 1997 dapat dilihat.
Dengan pengalaman yang ada, kami bersedia dan menyediakan perkhidmatan untuk mana-mana badan atau syarikat untuk membangunkan GIS dengan menggunakan perisian-perisian GIS yang ada di pasaran dan biasanya digunakan pada masa kini, contohnya seperti Perisian MapInfo Professional, ArcView, Arc\Info, dan sebagainya. |